FAQ / SOALAN YANG SERING DITANYA

1Kotak baru atau terpakai?
Kami hanya menjual kotak baru sahaja.
2Apakah saiz kotak yang dijual?
Kotak pindah standard jenis double layer ini mampu untuk menampung berat maksimum 25 hingga 30kg pada setiap kotak dan saiz ideal untuk kotak pindah adalah 18 inci lebar x 18 inci panjang x 18 inci tinggi dimana mudah diangkat dan disimpan. ukuran : 18 inci = 458mm = 46cm = 1.5 kaki
3Adakah kotak ini sesuai untuk file pejabat?
Sedia maklum bahawa file abba yang biasa digunakan di pejabat ialah 2inci dan 3inci. Jika 2inci, 9 file dapat dimasukkan secara menegak dan 4 file diatasnya. Jika 3inci, 6 file dapat dimasukkan secara menegak dan 3 file diatasnya.
4Harga sekotak?
Harga adalah RM7.90 sahaja paling murah dipasaran.
5Ada diskaun untuk belian lebih daripada 100pcs keatas?
Ya. Untuk 100pcs- 299pcs harga seunit RM7.70. Untuk 300pcs - 499pcs RM7.50/ pcs. Pembelian 500pcs ke atas RM7.00/pcs
6Bagaimana nak beli?
COD. Anda boleh datang terus ke kedai kami. Disarankan hubungi kami terlebih dahulu melalui WhatsApp untuk sebarang update. ONLINE. Lihat lanjutan
7Boleh saya buat bayaran atas talian?
Ya boleh. Bayaran boleh dibuat melalui Maybank2u atau secara pembelian online Lihat lanjutan
8Ada servis penghantaran?
Kami menggalakkan COD di kedai kami untuk mengelakkan pelanggan berbelanja lebih. Sekiranya memerlukan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur, caj RM30 dikenakan bagi kuantiti 60pcs kebawah. Jika penghantaran sekitar lembah Klang, caj bermula RM40 – RM60 bergantung kepada jarak daripada kedai. Penghantaran dibuat selepas waktu pejabat. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Lihat lanjutan
9Ada servis penghantaran luar lembah klang?
Dengan permintaan yang sangat tinggi lebih-lebih lagi dari negeri pantai timur dan utara, kami kini boleh membuat penghantaran ke mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Kami berjaya mendapatkan kos yang sangat minima untuk penghantaran agar tidak membebankan pelanggan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Lihat lanjutan
10Berapa lama penghantaran dibuat?
Jika tempahan dan bayaran diterima sebelum jam12 tengah hari, tempahan anda akan diproses pada hari yang sama. Pihak courier akan mengambil dan memproses penghantaran pada hari berikutnya.Biasanya dalam 2-3 hari bekerja anda akan menerima kotak anda.
 

Your Cart