Beli kotak pindah rumah berhampiran anda
Tips pindah rumah
Show all

Kedai jual kotak kosong untuk pindah rumah dan pejabat?

Kedai jual kotak kosong untuk pindah rumah dan pejabat? Cari di sini.

Sekarang memang dan susah sikit nak cari kotak kosong terpakai di kedai-kedai sebaneka dan sebagainya. Harga material kotak dah naik dan kebanyakan perniagaan nak berjimat jadi mereka akan guna semula sebahagian kotak terpakai tu atau pun jual semula secara pukal kepada peraih barang lusuh.

Kalau anda ada disekitar Kuala Lumpur dan selangor boleh terus ke KotakMurah.com di Batu Caves (Waze: Kotak Murah Dot Com) kedai yang menjual kotak kosong untuk kegunaan pindah rumah atau pejabat. Kotak semuanya baru, tebal dan dijamin bersih. Perkhidmatan penghantaran dan pos courier (luar KL) kotak dan barang pembungkusan lain juga ada disediakan.

Senang semua boleh dapat dekat sini. Boleh terus datang atau beli secara online. Mudah kan? 

Kotak kosong baru dan tebal dan bersih

Kami secara kerap menambah stok 2,3 kali sebulan kerana ramai yang beli kotak kosong yang baru tanpa label. Kotak kosong yang dapat percuma di kedai-kedai  tu biasanya bercampur-campur dengan kotak simpan makanan ataupun diletakkan ditempat yang kurang bersih, takut jadi tempat kegemaran lipas pula. Jadi, kami sentiasa repeat stok baru.

Kualiti kotak yang baik dan juga tebal sesuai untuk pindah barang dan boleh ‘stack’ tinggi sikit untuk jimat ruang.(jangan tinggi sangat ya bahaya , naya je tertimpa nanti.) Lihat jenis kotak untuk pindah yang ada.

Tak pening nak cari kotak nak pindah

Ke sana ke mari dari kedai ke kedai pun habis masa dan minyak juga boleh survey online atau datang terus ke kedai untuk lihat sendiri saiz kotak yang berkenan supaya tahu berapa banyak kotak nak guna untuk pindah. Atau lebih senang beli online dan tunggu di pos kan sahaja.

Kotak untuk file Abba /dokumen

Kadang-kadang ada juga pejabat yang perlukan kotak spesifik untuk muat file macam ni. Macam pejabat peguam, kontraktor atau akauntan. Jadi kotak ni kita buat khas untuk muat-muat 6pcs file Abba 3 inci. Kotak file ni tebal juga supaya tahan bila nak simpan lama.

Your Cart